Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Senyumam kepada saudaramu adalah sedekah"
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari
10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah
s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala
kepada sekelian" (Riwayat Muslim)
Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah Rasululluh
s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda
s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari.
(Riwayat
Muttfaq Alaihi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa
berpuasa) maka Allah s.w.t.
tidak berhajat padanya
untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan)
itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada
bulan-bulan lainnya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah
keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat
kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"
Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa ketengah
jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan
kamu kedalamnya"
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan
ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati
hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)
Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan
kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia
berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa
orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu
Daud &al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan
dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia
telah diberi makan dan minum oleh Allah
s.w.t." (Riwayat
Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit,
kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t.
memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi
puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan
kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut)
makan Allah s.w.t.
mengecap hatinya (sebagai
munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan
matanya, melainkan Allah s.w.t.
akan memberi pada
rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan
jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya
diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari
kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Allah s.w.t. telah
berfirman: Hamba-Ku
yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera
berbuka (jika telah nyata maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya sama
dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam
antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim &
Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui,
lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya
tiga puluh enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari
Abdullah bin Hanzalah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama) Allah
s.w.t. maka itu Fisabilillah"
(Riwayat Bukhari, Muslim &Abu Daud
dari Abu musa al-Asyari r.a)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari
gangguan-gangguannya" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan membaca Al-Quran"
(Riwayat
Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya
sehinggalah diselesaikan hutang tersebut" (Riwayat Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn
Majah & Al-hakim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Jika seorang berzina maka keluarlah iman daripadanya bagaikan
payung diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka kembalilah iman
kepadanya" (Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sekiranya tidak menjadi keberatan
kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali
mereka hendak mengambil wudhu" (Riwayat Ahmad, Malik & An-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong
dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah
s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun
diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang benar beriman kepada Allah
s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah
kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan dan tidak membunuhnya
hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak sayang anak lelakinya melebihi anak
perempuan, nescaya akan dimasukkan dia kedalam syurga" (Riwayat Abu Daud
& Al-Hakim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari kiamat
untuk diajukan kepada Allah s.w.t.
lalu berkata: Ya Allah
orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku" (Riwayat
Bukhari)
Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w
pernah
bersabda: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w.
menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak
melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih
banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad
s.a.w pernah bersabda: "Jangan kamu mengadap kiblat dan jangan
membelakangi ketika membuang najis atau air kencing, tetapi hendaklah kamu
menhalakan diri kearah timur atau barat" (Riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya bagaikan seorang duduk dibawah
gunung dan takut kejatuhan gunung itu" (Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Firman Allah
s.w.t. {Dalam Hadis Qudsi} "Wahai anak Adam belanjakanlah harta kamu,
nescaya akan digantikan semula oleh Allah kepadamu"
(Riwayat Bukhari &
Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu ialah dengan berwuduk sebelum dan
selepas makan" (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi & Hakim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah
s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan
keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang
tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t.
akan
merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual,membeli dan menagih
hutang" (Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu
lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan
sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat
dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa" (Riwayat Muslim dari Uthman
r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dua malaikat yang mencatat amal itu menghadap
Allah s.w.t.
membawa sembahyang seorang dua kali sembahyang, melainkan
Allah s.w.t.
berkata pada dua malaikat itu: Aku
persaksikan kepada kamu bahawa Aku telah
mengampunkan pada hamba-Ku dosa-dosa yang telah
terjadi diantara dua sembahyang itu" (Riwayat Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai
keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia,
maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai
dari Abu Hurairah r.a.)
Daripada Kaab bin Iyad r.a. katanya, aku mendengar bahawa
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap
umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiap orang yang diberikan Allah
s.w.t. ilmu agama, lalau disembunyikan maka
Allah s.w.t.
mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari api
neraka" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Mas'ud r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah
s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat
daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi
& Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang
bersendirian dua puluh tujuh darjah" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Jika berdiri bulu roma seorang hamba Allah, maka akan berguguran
daripadanya dosa-dosanya bagaikan gugurnya daun dari pokok yang telah
kering" (Riwayat Abu Syaikh & Al-Baihaqi dari Abbad bin Abdul Muttalib
r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas) dalam kesakitan dan
matinya ,tiadalah dia akan menderita fitnah didalam kubur, terpelihara dari
tekanan kubur dan dihari kiamat kelak dia akan dipapah oleh malaikat dengan
telapak tangan hingga terlepas dari titian (sirat) dan selamat dia memasuki
syurga" (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Dan perumpamaan orang yang datang terlebih dahulu (ke Masjid pada
hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah
lembu, kemudian bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam,
kemudian bagaikan sedekah telur" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Ketika Allah s.w.t.
telah selesai
menjadikan semua makhluk, maka menulis tulisan yang ada diatas Arsy yang
berbunyi:Rahmat-Ku mendahului murka-Ku
(Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku)"
(Riwayat
Bukhari, Muslim & Ibn Majah)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Seandainya seorang kamu keluar membawa tali (kehutan) lalu pulang
membawa seberkas kayu api lantas kayu itu dijualnya dimana dia dapat
kehormatannya, maka perbuatan itu adalah lebih baik daripada dia meminta-minta,
sama ada diberi ataupun tidak" (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari
tiga hari tiga malam, maka siapa yang memulau lebih dari tiga hati tiga malam
lalu mati akan masuk kedalam api neraka" (Riwayat Abu Daud & Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa wuduk pada hal dia masih berwuduk maka dicatat untuknya
sepuluh hasanat (kebajikan)" (Riwayat Abu Daud dari Ibn Umar r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan
wuduknya kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan
memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat
itu dengan Jumaat yang sebelumnya" (Riwayat Muslim & Ahmad)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang
paling baik akhlaknya..."(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat menghapuskan
dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a)
Dari Ummu Mukminin Aisyah r.a. "Pilihlah
tempat air mani kamu dan nikahilah orang-orang yang sepadan" (Riwayat Ibnu
Majah daripada Imam Al-Hakimi)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sebaik-baik saf bagi orang lelaki ialah dihadapan dan
seburuk-buruknya ialah dibelakang. Sebaik-baik saf bagi orang perempuan ialah
dibelakang dan seburuk-buruknya dihadapan" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dosa yang lebih besar disisi Allah
s.w.t. sesudah syurik daripada titisan mani yang diletakkan didalam rahim
yang haram baginya" (Riwayat Ibn Abid Dunya)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya yang berzina atau minum khamar maka terlepaslah iman
daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis (baju) dari
kepalanya" (Riwayat Al-Hakim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah
s.w.t. Sya'aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" (Riwayat Abu Al-Fatah bin Abu
Al-Fawaris)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat
adalah sudah baik (memadai) akan tetapi siapa yang mandi,maka adalah terlebih
baik" (Riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap malam, maka tidak
akan menderita kemiskinan untuk selamanya" (Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn
Mas'ud r.a)
Dari Anas r.a. katanya bahawa Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang tidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah
dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar)
kembali" (Riwayat Al-Bukhari)
"Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk
dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita
yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang
baik" (Surah An-Nur : 26)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Pedagang yang amanah, yang jujur, yang Muslim, kelak pada hari
kiamat akan berkumpul dengan para syuhada (orang-orang yang mati
syahid)" (Riwayat Al-Hakim & Ibn Majah dari Ibn Umar r.a)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat
melainkan Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari
ujian kubur" (Riwayat Ahmad & Al-Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Apabila manusia membaca ayat Syajadah kemudian sujud,
terhindarlah syaitan laknatullah seraya menangis dan berkata,'celakalah aku,
disuruh manusia (anak Adam) sujud, sujudlah dia, balasannya syurga. Saya juga
disuruhnya sujud,tetapi saya enggan maka balasannya bagi saya ialah
neraka" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Pilihlah untuk tempat nuthfah kamu atau air mani kamu, kerana
pembuluh darah ini merupakan sinar pancaran" (Riwayat Ibn Majah dan Ad-Dailami)
"Carilah tempat-tempat yang sepadan untuk air mani
kamu kerana seseorang itu boleh jadi akan lebih menyerupai keluarga pihak isteri"
(Mutiara Kata)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah
s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat
daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi
& Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Bukan seorang Mukmin orang yang kenyang sedangkan tetangga
disebelahnya kelaparan (sedang dia mengetahui)" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Kahwinilah wanita-wanita yang berada didalam lingkup/naungan yang
baik kerana pembuluh darah itu laksana cahaya" (Riwayat Ibn-'Adi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan
Muharam" (Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Daud, Tarmizi,Nasai & Ibn Majah)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana
anak dicipta laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah
engkau memilih yang dekat hubungannya" (Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang
yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur didalam neraka dapat mengganggu
ahli neraka lainnya kerana sangar busuk" (Riwayat Al-Bazzar)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang
dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad
fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat
kerana takutkan Allah s.w.t."
(Riwayat Abu Naim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak
tetapi ia adalah dengan ketenangan (sopan santun) dan merendah
diri" (Riwayat Ad-Dailami)
Usamah bin Zaid r.a. berkata bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat hingga tiga kali tanpa
uzur,maka akan dicatat dari golongan orang munafik" (Riwayat Al-Tabrani)
Dari Abu Dzar al-Ghifari r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Wahai Abu Dzai, jika engkau hendak berpuasa tiga hari sebulan
puasalah pada 13,14 dan 15"(Riwayat Ahmad & Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Empat (macam manusia) tidak Allah
s.w.t. masukkan merka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak,
pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan
derhaka pada ibu bapanya" (Riwayat Al-Hakimi)
Dari Abu Qatadah ketika Nabi
Muhammad s.a.w tentang hari Asyura bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w menjawab: "Puasa hari Asura boleh menghapuskan dosa satu tahun yang
lalu" (Riwayat Muslim)
Allah s.w.t. berfirman:
"Harta dan anak-anak itu perhiasan penghidupan dunia tetapi
amal-amal soleh yang tinggal (buahnya) itu lebih baik disisi Tuhanmu tentang
ganjarannya dan tentang harapannya" (Surah Kahfi:46)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Barangsiapa yang memelihara sembahyang lima waktu dengan sempurna
wuduknya dan diwaktunya, adalah baginya cahaya dan tanda pada hari akhirat dan
barangsiapa mensia-siakan, nescaya dikumpulkan ia (kelak dineraka) dengan Firaun
dan Hamam" (Riwayat Ahmad)
Allah s.w.t. berfirman:
"Dan orang-orang yang berkata'Ya Tuhan, anugerahkan lah kepada
kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan
jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang bertakwa" (Surah Furqan:74)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima
perkara, menajwab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima
undangan dan mendoakan orang yang bersin" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa
alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga" (Riwayat Abu
Daud & Al-Tirmizi)
Dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Ingatlah tiap sesuatu yang memabukkan itu khamar (arak) dan tiap
khamar itu haram" (Riwayat Ahmad & Abu Ya'la)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang menjadi saksi untuk merugikan seseorang dengan
persaksian yang tidak benar, maka hendaklah menyiapkan tempatnya dalam
neraka" (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka
sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t.
Sesiapa
yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian
Allah s.w.t."
(Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Bila tertusuk seorang dengan jarum kecil atau jarum besar dari
besi, maka baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal
baginya" (Riwayat Al-Tabrani dari Ma'qil bin Yasar r.a.)
Allah s.w.t. berfirman:
"Dia
bersembunyi dari manusia lantaran kejahatan yang dikhabarkan kepadanya, apakah
dia akan pelihara dia dalam kehinaan ataukah dia akan sumbat dia dalam tanah?
Sungguh jelek apa yang mereka hukumkan" (Surah An-Nahl:59)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Semua dosa-dosa dilambatkan Allah
s.w.t. (pembalasannya) sesukanya dari akhirat melainkan derhaka kepada kedua ibubapa
maka sesungguhnya Allah s.w.t.menyegerakan (bala
siksaan) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya didunia ini sebelum
matinya" (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Orang yang mencekik dirinya sendiri sampai mati akan mencekiknya
juga didalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya
dalam neraka dan orang yang melemparkan diri dari tempat tinggi untuk membunuh
diri maka akan selalu dia melemparkan dirinya didalam neraka" (Riwayat
Bukhari & Abu Hurairah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit,
kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t.
memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia
beriman, dan tidak akan minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman dan
tidak akan mencuri seorang pencuri jika dia beriman" (Riwayat Bukhari &
Muslim)
Allah s.w.t.. telah berfiman
"Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada
Ibrahim dengan (membawa) khabar gembira sambil mereka
berkata: "Selamatlah"Dia menjawab: "Selamat" Surah Hus:69)
Berkata Umar Ibn Abdul Aziz bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sembahyang itu membawa kamu menempuh ketengah jalan,puasa
memajukan kamu kehadapan pintu dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu
kedalamnya."
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat menghapuskan
dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan
sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang
suka bertaubat" (Riwayat Al-Tirmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya kamu sekelian pada hari kiamat akan dipanggil dengan
nama kamu sendiri dan nama bapa kamu,kerana itu hendaklah kamu perindahkan nama
kamu" (Riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang menyiapkan keperluan orang yang berjihad fisabillah
maka bererti dia telah berjihad dan siapa yang menjaga keluarga orang yang pergi
berjihad dengan baik maka bererti dia telah ikut berjihad
fisabilillah" (Riwayat Bukhari & Muslim dari Zaid bin Khalid al-Juhani)
Dari Abu Qatabah bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Puas pada hari Arafah itu boleh menghapuskan dosa yang dikerjakan
selama dua tahun iaitu tahun yang telah lalu dan tahun yang akan
datang" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Dosa yang paling besar ialah syirik, derhaka pada ibu bapa dan
membunuh orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud Alai-His-Salam, ia
berpuasa sehari dan berbuka sehari..."(riwayat Al-Tirmizi & Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Gunakanlah lima sebelum tibanya lima iaitu gunakan masa mudamu
sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa
miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum masa
matimu" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Setiap bayi tergadai pada akidahnya, disembelih pada hari ketujuh
dan pada hari itu pula dicukurkan dia dan diberi nama" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Untuk bayi lelaki dua ekor kambing kibas dan untuk bayi perempuan
seekor kambing kibas dan tidaklah merugikan kamu yang jantan atau pun yang
betina" (Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t.
telah
menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang diberikan kepadaku dari
perbendaharaan dibawah Arsy, amka pelajari olehmu dan ajarkan pada isteri dan
anak-anakmu sebab itu sebagai solat dan basaan serta doa" (Riwayat Al-Hakim
dari Abu Dzar r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu yang ada aibnya lalu tidak
dijelaskan kepada pembelinya maka tetap berada dalam murka Allah
s.w.t. dan selalu dikutuk oleh malaikat" (Riwayat
Ibn-Majah)
Allah s.w.t. berfirman
"Para
ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang
ingin menyempurnakan penyusuan" (Surah Al-Baqarah:233)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Pakailah antara pakaianmu yang putih, kerana sesungguhnya pakaian
putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanlah orang-orang mati kamu dengan
kain putih" (Riwayat Ahmad)
Dari Kaab bin Iyad r.a. berkata bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi
umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tirmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "SesungguhnyaAllah s.w.t. tetap
menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak dan mati" (Riwayat Al-Tirmizi
dari Ibn Umar r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang berperang untuk menegakkan khalimat Allah
s.w.t. maka itu fisabi lillah"
(Riwayat Bukhari, Muslim & Abu
Musa al-Asyari r.a.)
Allah s.w.t. telah
berfirman "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana apa yang
telah Allah lebihkan sebahagian mereka diatas yang
lain dan kerana belanja yang telah mereka keluarkan daripada harta
mereka" (Surah An-Nisa:34)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah
s.w.t. dan
hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu
terhadap jiran" (Riwayat Bukhari) Nabi Muhammad s.a.w
pernah
bersabda: "Tidak akan masuk neraka orang yang didalam hatinya ada seberat
biji sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang didalam hatinya ada
seberat biji sawi dari sombong" (Riwayat Muslim & Abu Daud)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Kalau tidak kerana ada wanita dan anak-anak didalam rumah
sedangkan aku bersembahyang isya, nescaya aku suruh pemudaku membakar
rumah-rumah (yang penghuninya tidak hadir berjemaah itu)" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Lima macam dosa yang tidak ada tebusannya iaitu Syirik terhadap Allah
s.w.t., membunuh orang tanpa hak, membuat tuduhan palsu terhadap seorang
Muslim, lari dari barisan Muslimin dalam peperangan dan sumpah palsu untuk
mengambil hak orang lain" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang membaca seratus ayat (dari Al-Quran)
pada suatu malam, maka akan dicatat pahalanya seperti pahala sembahyang
semalam" (Riwayat Ahmad dari Tamim r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat
sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
Allah s.w.t. berfirman
"Wahai orang-orang yang beriman!janganlah kamu mengangkat suara
kamu keatas suara Nabi" (Surah Al-Hujurat:3)
Allah s.w.t. berfirman
"Sesungguhnya Allah tiada menyukai
orang yang sombong lagi mengangkat diri" (Surah Luqman:18)
Allah s.w.t. berfirman "Wahai
jiwa yang tenang tenteram!kembalilah kepada Tuhanmu
dalam keadaan redha dan diredhai, maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu.
Dan masuklah kedalam syurga" (Surah Al-Fajr:27-30)
Ali bin Abu Talin k.w.j berkata Allah
s.w.t. berfirman "Allah yang
mengambil jiwa (manusia) ketika wafatnya dan ketika tidurnya sebelum wafat, lalu
ditahan-Nya jiwa yang telah wafat, serta
dilepaskan-Nya jiwa yang lain sampai kejanji yang
ditentukan" (Surah Az-Zumar:42)
Nabi Muhammad s.a.w membaca
firman Allah
s.w.t. bermaksud: "Barangsiapa
yang mempersekutu Allah, maka seolah-olah dia jatuh
dari langit, lalu disambar oleh burung, ataupun dia akan menjunam dibawa angin
ketempat yang paling jauh" (Surah Al-A'araf:40)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dibunuh jiwa secara aniaya,melainkan keatas anak Adam yang
pertama jaminan darahnya, disebabkan dialah orang pertama yang memulakan
pembunuhan itu"
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Apabila kamu bersembahyang keatas si mati, hendaklah kamu
mengikhlaskan doa kepadanya" (Riwayat Abu Hurairah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Salam sejahtera keatas kamu, wahai penghuni kubur dari kaum
Mukminin dan Muslimin, dan kamu Insya-Allah akan mengikuti kamu, kami memohon
keselamatan untuk kami dan kamu juga!" (Riwayat Buraidah bin Al-Khushaib)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Apabila mati seseorang hamba, maka terputuslah amalannya kecuali
dari tiga: Sedekah yang jariyah (terus-menerus manfaatnya), ataupun anak yang
soleh mendoakan baginya, ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu"
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada boleh seorang bersolat bagi pihak yang lain, dan tiada
boleh seseorang berpuasa bagi pihak yang lain, akan tetapi dia hendaklah memberi
makanan setiap satu mud (gantang Baghdad) dari gandum"
Allah s.w.t. berfirman
"Barangsiapa
yang membuat perbuatan baik sebesar atom akan dilihat-Nya,
Dan barangsiapa yang membuat perbuatan jahat sebesar atom akan dilihat-Nya
juga" (Surah Az-Zalzalah:7-8)
Allah s.w.t. berfirman
"Walai
manusia, sesungguhnya engkau mesti bekerja keras dengan bersungguh-sungguh
menuju kepada Tuhanmu yang akan engkau menemui-Nya"
(Surah
Al-Insyiqaq:6)
Allah s.w.t. berfirman
"Jika kamu bertelingkah pendapat pada sesuatu, maka kembalilah dia
kepada Allah dan Rasul,
jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat,
kerana itulah yang lebih baik, dan lebih bagus kesudahannya" (Surah
An-Nisa:59)
Allah s.w.t. berfirman
"Dan ketika Tuhanmu menjadi keturunan anak-anak dari punggungmu,
dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka, kata-Nya,
Bukankah aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab: Ya!
Kamu menjadi saksi" (Surah Al-Araf:172)
Allah s.w.t. berfirman
"Maka
hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan betul, ciptaan Tuhan
yang telah menjadikan manusia sesuai dengan agama itu, tiada pertukaran bagi
ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)
Allah s.w.t. berfirman
"Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan betul, ciptaan Tuhan
yang telah menjadikan manusia sesuai dengan agama itu, tiada pertukaran bagi
ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Kamu akan dapati sejahat-jahat orang itu ialah yang bermuka dua,
yang datang kesini dengan satu muka dan kesana dengan satu muka
lain" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Orang iktikaf itu bererti mengurangkan dosa-dosa dan berlaku
pahala untuknya bagaikan pahala orang yang melakukan semua hasnat (kebajikan)"
(Riwayat
Al-Baihaqi & Ibn Majah dari Ibn Abbas r.a.)
Allah s.w.t. berfirman
"Wahai
manusia! Kalau kamu masih ragu tentang hari kebangkitan, maka ketahuilah bahawa
Kamilah yang mencipta kamu dari tanah, kemudian dari setitik air
mani" (Surah Al-Hajj:5)
Allah s.w.t. berfirman
"Dan
ketika kamu mengatakan: Hai Musa! Kami tidak akan percaya kepada kamu sehingga
kami melihat Allah secara terang-terang, lalu kerana itu kamu disambar petir,
sedangkan kamu ada melihatnya" (Surah Al-Baqarah:55)
Allah s.w.t. berfirman
"Sesungguhnya
Kami telah menjadikan manusia dari sari ranah.
Kemudian kami jadikan dari tanah itu air mani yang tersimpan didalam tempat
simpanan yang teguh" (Surah Al-Mukminun:12-13)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya telah datang kepada manusia suatu masa, ketika itu
dia belum ada sesuatu apa pun yang dapat disebut" (Riwayat Al-Baihaqi dan
Al-Hassan bin Ali r.a.)
Allah s.w.t. berfirman
"Dan
Tuhan mengeluarkan kamu dari perut-perut ibu kamu, sedangkan kamu tiada
mengetahui apa pun, lalu dijadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati
moga-moga kamu berterima kasih" (Surah Al-Nahl:78)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa puasa)
maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk
meninggalkan makan minumnya" (Riwayat Bukhari)
Allah s.w.t.. berfirman
"Katakanlah,
bahawa Malaikat Maut yang telah diserahi perkara kamu akan mewafatkan kamu,
kemudian itu kamu akan kembali pada Tuhan kamu" (Surah As-Sajadah:11)
Allah s.w.t. berfirman
"Sesungguhnya
orang-orang yang mendustakan keterangan Kami, dan memandang rendah terhadapnya,
tidak akan dibukakan pintu-pintu langit kepada mereka" (Surah Al-Araf:40)
Allah s.w.t. berfirman
"Diatas
orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang Maha Tahu" (Surah
Yusuf:78)
Allah s.w.t.. berfirman
"Dan
diantara kamu ada yang disampaikan Allah kepada
usia tua bangka, supaya dia tiada ketahui lagi sesuatu yang dahulunya dia
katahui" (Surah Al-Nahl:70)
Allah s.w.t. berfirman
"Orang-orang
yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah
itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)
Allah s.w.t. berfirman
"Tiadalah
terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah,
dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya
dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Bukan dari umatku orang yang percaya nasib pada burung atau
diusahakan dengan burung atau berdukun atau didukunkan atau menyihir atau
disihirkan untuknya. Dan siapa yang datang kepada dukun lalu yakin kepadanya
bererti telah kafir terhadap apa yang diturunkan pada Nabi
Muhammad s.a.w "(Riwayat Al-Bazzar dari Imran bin Hushain)
Allah s.w.t. berfirman
"Kalau
tiada kerana kemurahan dan rahmat Allah kepada kamu,
nescaya tiada seorang pun diantara kamu yang suci buat
selama-lamanya" (Surah An-Nur:21)
Allah s.w.t. berfirman
"Syaitan
itu menjanjikan kemiskinan kepada kamu, dari menyuruh kamu mengerjakan perbuatan
yang keji" (Surah Al-Baqarah:268)
Allah s.w.t. berfirman
"Hanyasanya
Allah akan menerima amalan itu daripada orang-orang
yang bertakwa" (Surah Al-Maidah:27)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya saat yang paling mustajab (berdoa) itu diantara
duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat
Muslim & Abu Daud)
Allah s.w.t. berfirman
"Jika
engkau membaca Al-Quran, maka mohonlah perlindungan
Allah daripada syaitan yang terkutuk" (Surah An-Nahl:98)
Allah s.w.t. berfirman
"Dan
kalau syaitan (orang jahat) membisikkan kepada engkau sesuatu kejahatan, maka
berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya dia itu Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah As-Sajadah:36)
Allah s.w.t. berfirman
"(Mereka
bersumpah):Kami hanya mengkehendaki niat baik dan taufik! Mereka itulah
orang-orang yang diketahui Allah akan isi hati
mereka" (Surah An-Nisa:62-63)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dikira Mukmin yang sempurna keimanannya, orang yang tidak
menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu musibah (bala)" (Riwayat al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa pada suatu malam dia mengalami kesakitan dimana dia
bersabar dan redha kepada ketentuan Allah
s.w.t. maka
terkeluarlah dia daripada dosa-dosanya seperti keadaan dikala dia dilahirkan
ibunya" (Riwayat Al-Hakim)
Allah s.w.t. berfirman
"Dan
katakanlah:Tuhanku!Aku berlindung diri kepada
Engkau daripada bisikan syaitan. Dan aku berlindung diri kepada
Engkau, Tuhanku, supaya mereka tiada
mendekatiku" (Surah Al-Mukminun:97-98)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang mati tidak sempat menqadha'kan puasanya hendaklah
keluarganya (walinya) menggantikan puasa tersebut" (Riwayat Al-Bukhari &
Muslim)
Dari Imam Ahmad bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Seburuk-buruk yang terdapat pada jiwa manusia iaitu sifat
pengecut yang menanggalkan dan sifat kikir yang melampau" (Riwayat Amru bin
al-Ash r.a.)
Allah s.w.t. berfirman
"Dan
janganlah engkau menjadikan tanganmu terbelenggu ketengkukmu, dan jangan pula
bentangkannya seluas-luasnya, sehingga engkau duduk tercela dan
sensara" (Surah Al-Isra:29)
Allah s.w.t. berfirman
"Dan
mereka yang apabila membelanjakan hartanya melampaui batas, dan tiada pula
bersifat kikir, tetapi pertengahan antara keduanya" (Surah Al-Furwan:67)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia,
jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan
kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani)
Allah s.w.t. berfirman
"Sesungguhnya
manusia itu dicipta sentiasa gelisah. Jika disinggung bahaya dia berkeluh kesah,
Dan jika disinggung kebaikan dia kikir pula" (Surah Al-Maarif:19-21)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Takutlah firasat orang Mukmin kerana sesungguhnya dia melihat
dengan cahaya daripada Allah s.w.t."
Allah s.w.t. berfirman
"Dan
ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang
didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan" (Surah
Al-Baqarah:235)
Allah s.w.t. berfirman
"Dan
kenanglah kurnia kepada kamu dan ingatlah perjanjian yang telah kamu ikat dengan
Dia ketika kamu mengatakan:kami dengar dan kami
taat" (Surah Al-Maidah:7)
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya
dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali dan yang kekal hanya satu sahaja,
iaitu keluarga dan hartanya akan pulang danyang tinggal hanyalah amalannya
sahaja" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Apabila tetamu masuk kerumah maka dia masuk dengan rezekinya dan
jika keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu" (Riwayat
Ad-Dailami dari Anas r.a.)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sembahynng fardhu lima waktu, sembahyang Jumaat ke Jumaat, puasa
Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa-dosa diantara jarak-jarak tersebut
sekiranya dijauhkan daripada dosa-dosa besar" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang pada petang harinya berasa letih dari amal usaha yang
dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah
diampunkan dosanya" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Abbas r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah
s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan
keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang
tidak disukai dan dikhuatirkan" (riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)
Allah s.w.t. berfirman
"Dan
kalau engkau tanya mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan
menjadikan matahari dan bulan, nescaya mereka akan mentakan 'Allah',
jadi bagaimana pula kamu berputar dari kebenaran" (Surah Al-Ankabut:61)
Allah s.w.t. berfirman
"Sesungguhnya
Kami telah menciptakan kamu, kemudian Kami
bentuk rupa kamu, kemudian Kami katakan
kepada Malaikat: Sujudlah kepada Adam" (Surah Al-A'raf:11)
Anda mengalami kencing yang di sertai dengan nanah? Dan tidak tahu sebenarnya yang anda derita? disitus ini, kami akan menjelaskan sedikit mengenai pengertian, gejala, ciri-ciri dan pengobatan penyakit kencing nanah secara alami. Apa sih penyakit Kencing Nanah ? Kencing nanah merupakan suatu penyakit menular seksual. anda harus benar-benar memahami ciri-ciri dan gejalanya baik pada pria maupun wanita. karena penyakit ini akan sangat berbahaya jika tidak segera di obati. Kami juga menyediakan obat kencing nanahuntuk anda
BalasHapus